Memang sangat menyakitkan hatiku ini, selepas ex-bf aku curang dengan aku ,sangat pedih hingga tak terkata. Terasa mahu menjerit,betapa sakitnya hatiku ini. Pada hari itu,aku sudah mula tidak mahu percaya kepada lelaki lagi.Aku berdekad lelaki ini menyusahkan hidup aku dan aku mahu kahwin lewat. HA!HA!HA! Aku selalu berkata begitu dengan kawan-kawan ku.
Cinta itu memang buta sampai kini aku fobia..maksud buta itu sampai tak fikir keburukan yang dibuat oleh pasangan tersebut.Selepas apa yang berlaku,macam-macam hal yang terjadi dan yang paling tidak ku lupa adalah arwah abang angkatku , ARWAH ABANG AJIB. Perkenalan aku dengan dia tidak lama ,tidak sampai sebulan pun.Dalam banyak-banyak abang angkat,dialah yang paling aku ingati..dan yang paling ku hormati.
Kisahnya bermula di facebook,mulanya dia ADD aku sebagai kawannya.Aku tak kenal siapa dia jadi aku approve sahaja tambahan hari itu aku sangat bosan tak tahu nak buat apa.Selepas itu, arwah chat dengan aku,mulanya aku tak mahu layan,tapi tak tahulah hati ini nak chat dengan arwah.Namanya Razif panggilannya abang ajib,dia seorang pramugara.WOW! memang bestlah dapat berkenalan dengan pramugara.Masa itu,arwah tidak letak gambarnya, malu katakan dan umurnya 27 tahun.
Hehe pada ketika itu,aku dapat senyum kembali..bukan senyum sebab anggap sebagai kekasih tetapi anggap seperti abang sendiri..aku dapat meluahkan macam-macam dengannya.Punya cerita-cerita,arwah dulu tidak pernah bercinta walaupun sekali kerana arwah taat pada perintah ibunya.Ibunya tidak benarkan arwah bercinta tambahan takut juga hendak bercinta.Aku pernah tanya arwah dahulu bila arwah mahu bernikah..arwah bagitau,''Dia dahulu hampir-hampir hendak bernikah tetapi beberapa hari sebelum hendak bernikah bakal isterinya kemalangan dan meninggal dunia,mereka hampir-hampir bernikah pada disember 2011".Masa aku dengar cerita arwah,ya allah,mesti perit dia mahu menerima sudah hampir setahun berlalu dia masih setia kepada arwah bakal isterinya..ohhh so sweet ^-^
Hampir setiap hari juga aku chatting dengan dia 7 oktober 2012 dia tengah bersiap nak pergi ke london.Wahh bestnya ,aku pun kirimlah ccenderahati dari sana,bukan senang nak pergikan.Dia balik pada 15 disember 2012. huhu lama betul ,dia kata sana.teruk juga kerja sebagai pramugara,kerja macam bibik sampai tandas pun kena dibersihkan,kau ingat kerjanya melayan orang sahaja,Tempat arwah bekerja dekat negeri sembilan,tempat tinggalnya di pahang.Arwah seorang yang taat pada agama,solat tidak pernah tinggal,dan arwah banyak nasihatkan aku macam-macam..untung siapa jadi isterinya.
Pada hari lain,entah kenapa dengan aku..aku bertanya kepadanya yang aku teringin ingin melihat wajahnya.Arwah berkata mukanya seperti orang tua..aku tidak percaya aku suruh juga letak..arwah letak memang kata-katanya benar lagi nyata..hehehe muka orang tua..masa tu aku gelak,aku tahu arwah terasa hati jadi aku minta maaf kepadanya.Dia maafkan aku.alhamdulilah baguslah arwah bukan seorang yang panas baran.Aku tahu masa itu pasti arwah tersenyum dengan gelagat entah apa-apa ku ini =P.
Sudah sampai di london, arwah bercerita pasal di sana.Macam mana keadaannya..masa aku dengan itu,aku juga teringin juga hendak ke sana.Sejak dari itu,hati aku mulai sembuh sedikit demi sedikit,alhamdulilah.Pada 12 oktober aku hantar text dekat inbox fb tapi arwah tidak balas.Mula aku tidak mengesyaki apa-apa.Dalam hati aku mungkin arwah sibuk dengan kerjanya kot.Yelah kerja dengan orang kan.
Sudah beberapa hari aku tunggu tapi tidak membalas.Pada 16 oktober 2012 semua jadi sejarah dalam hidup aku.Macam-macam aku kena dan paling tidak lupa aku dapat chat dari kakak arwah bahawa arwah sudah meninggal dunia dan mangajak aku ke majlis tahlil.Ya allah hati aku pilu sangat sedih tak terkata,aku bertanya kepada kakaknya macam mana arwah meninggal.Kakaknya memberkata"Arwah meninggal dunia hari jumaat lepas di London selepas solat
jumaat.kawan2 yang ada sama dengan arwah cerita dia jatuh sebaik nak
melangkah keluar dari masjid tu.kalau mengikut lapuran doktor akibat
serangan jantung.kaka ada beritahu dalam laman Facebook arwah malam ahad
lalu.kakak minta maaf sebab lewat beritahu.password Facebook arwah ni
pun kakak dapat dalam buku catitan harian arwah.arwah banyak doakan
untuk Nicky kalau mengikut didalam buku catatan harian arwah"..chat dan chat aku pun bagitau yang arwah banyak nasihatkan nicky dan nicky tidak dapat hadir ke majlis tahlil tersebut..arwah dan kakak arwah membahasakan aku ini sebagai nicky.Kakaknya berkata"Nicky simpan & ingatlah nasihat2 arwah tu baik2.arwah adik kakak ni
senang untuk diajak berkawan.macam nicky kata baru je kenal tapi kakak
dapat rasakan yang nicky pasti senang & selesa berkawan dengan arwah
kan?takpe nicky,kakak & ummi ucapkan terima kasih walaupun nicky
tak dapat datang.nicky doakan je buat arwah arwah"..pada msa ketika itu juga aku menangis dan aku bertanya lagi apa kata-kata nasihat untuk nicky/aku..kakaknya membalas"Antara doa2 arwah buat nicky yang kakak baca didalam buku catatan harian
arwah- Ya Allah,engkau lindungilah insan yang bernama nicky yang aku
kenali.berilah beliau kekuatan iman,ketabahan jiwa & jua kesabaran
dalam menjalani penghidupan sehariannya didunia mu yang sementara
ini.lindungilah langkah2nya dengan izinmu.payungilah dirinya dengan
penuh kesejahteraan baik didunia mahupun akhirat.Amin.itu antara doa2
arwah buat nicky.terlalu banyak doa dari arwah buat kawan2nya yang
menyentuh hati & penuh dengan keikhlasan"
Itu lah pengakhiran dari perkenalan sebagai adik dan abang angkat sehingga menjadi peninggalan.Walaupun seketika tetapi bermakna,sejak hal ini aku mula kehadapan dan aku sudah temui cinta baruku yang paling ku cintai muhamad helmi..
Kesimpulan daripada kisah ku ini,tidak semua lelaki di dunia ini jahat dan tidak semua perempuan di dunia ini jahat juga.Jika kita temui seseorang lebih baik jangan kita sia-siakannya.
No comments :
Post a Comment