Sahabatku =')
Tidak ada kena mengena antara hidup dengan yang mati,cuma ingin berkonsi tentang cerita hidup sahabat ku yang dahulu seorang yang baik bertukar menjadi harimau malaya .Di mulai dengan seorang kawan yang tidak patut disebut,yang dahulu seorang gadis yang baik walaupun diri tidak bagus akhlaknya tetapi hati dan mulutnya memang ku puji sekali.Ku kenalinya masa umur ku 15 tahun,ku tidak pandai dalam komunikasi,ku adalah seorang pemalu pada asalnya.Dia yang banyak mengubah hidupku sehingga ku menjadi periang.Diri ini terasa berterima kasih sangat kepadanya.
Setiap hari setiap masa ku bersama dengan nya sehingga pada hari ini.Dalam masa 2 tahun itu,dia banyak berubah seperti memukul ku,memaki,mengutuk dan lain-lain.Pada mulanya ku tidak kisah tetapi lama-kelamaan diri ku amat terasa sangat dengan perbuatan nya.Ada pada itu dia mengambil buku ku tanpa kebenaran,apabila ku meminta kembali buku ku,dia menengking dan memarahi diriku.Walhal,ku hanya meminta buku ku kembali sahaja.Diri ini hanya mampu bersabar dengan kata-kata daripada mulutnya.
Sahabatku,maafkanlah ku jika kawan mu ini memberitahu hal mu kepada orang lain,diriku tidak ada niat untuk menyakiti hati mu dan membuatkan dirimu tidak ada tempat berkasih.Sahabatku,kawanmu ini mahu sedarkan mu sahabat,ku tidak mahu kawan-kawan di sekeliling kita akan membenci mu dan di pandang sisih oleh kawan-kawan yang lain.Sekarang,memang ada pandang serong terhadap dirimu tetapi tidak semua orang,Sahabatku maafkanku kerana tidak diriku membuat begitu..assalamualaikum =')
No comments :
Post a Comment